Wednesday, 9 June 2021

AMALAN TUKAR PASANGAN SUAMI ISTERI

 
Tukar pasangan suami isteri. Amalan tersebut sudah biasa di negara Barat. Menggunakan hak kebebasan dan menghormati keinginan pasangan masing-masing, maka mereka menjadikan amalan itu untuk memuaskan nafsu yang tidak ada penghujungnya.  

Biarpun di Malaysia amalan bertukar pasangan masih terpencil, namun ia semakin mendapat tempat di kalangan pasangan yang sudah hilang erti ikatan perkahwinan yang dituntut Islam, mahupun agama-agama lain.

Pasangan di Malaysia beraliran pemikiran 'rosak' yang menerima amalan bertukar pasangan kini mudah terpengaruh apabila amalan itu sudah secara terbuka menular di negara jiran.

Pasangan suami isteri yang mengamalkan bertukar pasangan di negara jiran kini secara tanpa segan silu mengiklankan untuk menawarkan pasangan atau mencari pasangan yang bersedia melakukan tukar pasangan.

Mereka mendakwa, selain dapat menikmati hubungan seks dengan pasangan berlainan, amalan itu menambahkan rasa kasih sayang dan itu lebih baik berbanding jika pasangan berlaku curang atau melakukan secara sembunyi.

Apapun alasannya, amalan tidak bermaruah dan menyalahi tabie manusia yang pentingkan kasih sayang dan menjaga maruah diri, mesti dijauhkan dari menjadi amalan umat Islam.

Biarpun, masyarkat Barat mencapai tamadun dan kemajuan lebih hebat berbanding umat Islam, mereka sebenarnya sedang menuju era kejatuhan akhlak yang teruk. Amalan seks bebas, LGBT, kahwin sejenis dan sebaginya semakin menular di negara Barat.  

No comments:

Post a Comment