Menggaru
bagai nak gila akibat kegatalan kulit melampau adalah rutin yang perlu ditempuh
sebahagian besar penghidap dermatitis atopik (AD) terutama mereka yang berada
dalam kategori teruk.
AD
adalah jenis ekzema paling kerap dihidapi. Penyakit radang kronik ini dikenal
pasti menerusi simptom ruam merah gatal pada kulit yang terjadi secara
berulang-ulang. Antara puncanya ialah radang terpendam di dalam badan yang
dipercayai disebabkan sistem imun terlalu aktif.
AD
juga penyakit sistemik yang kompleks dan mendatangkan kesan fizikal serta
psikologi yang ketara.
Ciri
utama AD kategori sederhana dan teruk ialah ruam yang tumbuh melata di beberapa
bahagian badan serta menerbitkan kegatalan yang teruk serta berpanjangan. Kulit
menjadi kering, kemerah-merahan, merekah, berkuping dan berair.
Dalam
kalangan penghidap AD, sel imun pada lapisan kulit yang lebih dalam menghantar
isyarat keradangan ke permukaan kulit yang menyebabkan ruam gatal.
Apabila
mereka menggaru, lapisan luar kulit akan pecah dan ini akan membuka laluan
kepada kuman, virus dan alergen masuk ke dalam badan.
Sebagai
tindak balas terhadap pencerobohan itu, sistem imun akan terus menghantar
isyarat ke permukaan yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan bertambah buruk.
Semakin
digaru, semakin banyak lapisan luar kulit yang pecah dan rosak. Akibatnya,
kitaran gatal dan garu akan berterusan bagi penghidap AD.
No comments:
Post a Comment