Budu
atau sos bilis amat terkenal di Kelantan. Menariknya, budu bukan sahaja dijual
di Kelantan, tetapi juga hampir semua tempat di Malaysia, sesuai dengan
keberadaan orang berasal Kelantan yang tinggal di sesuatu tempat.
Pada
masa dahulu, proses membuat budu dihasilkan sendiri oleh penduduk kampung.
Tempayang budu atau guri budu diletakkan di luar rumah sepanjang proses peram
budu. Budu akan diambil sedikit-sedikit apabila ingin digunakan.
Namun,
sekarang ini tradisi membuat budu sendiri hampir dilupakan. Sebaliknya,
industri membuat budu secara 'perusahaan' berkembang untuk membekalkan budu
kepada pembeli.
Biarpun
proses membuat budu dianggap 'mudah', namun tidak boleh dipandang ringan. Untuk
mengekalkan mutu rasanya proses membuatnya perlu berhati-hati.
Peminat
budu jenama tertentu sudah dapat menjangkakan rasa budu berkenaan dan tentunya
akan berasa kecewa jika rasanya tidak sama seperti sebelumnya.
Rahsia
untuk menghasilkan budu yang berkualiti tinggi adalah terletak pada tempoh ia
diperam, cara memasak dan ramuan digunakan.
Ramuan
perlu menepati timbangan ditetapkan kerana ia akan menentukan rasa dan
kualitinya.
Bahan
untuk menghasilkan budu berkualiti tinggi dan disukai ramai ialah menggunakan
ikan bilis.
Untuk
menghasilkan budu, ikan bilis yang siap diproses digaul dengan garam. Ia kemudian
dimasukkan ke dalam bekas khas secara berperingkat dan diperam antara tiga
bulan hingga setahun.
Selepas
proses itu, ikan bilis akan dikeluarkan daripada bekas khas untuk dikisar
menggunakan mesin dan dimasak menggunakan kawah besar untuk dijadikan budu.
Memasak
budu menggunakan cara tradisional iaitu dapur kayu digunakan bagi mengekalkan
rasa budu berkualiti tinggi.
Sebelum
dibotolkan budu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan ia berkualiti
tinggi.
Biasanya
budu akan dimasukkan perasa dan pewarna dibenarkan. Budu asli warnanya agak
kehitaman.
No comments:
Post a Comment