Sunday, 9 October 2022

TABIKA KEMAS NUR IBRA, KAMPUNG PUTEH

  
Tabika Kemas Nur Ibra, Kampung Puteh, Jalan Telipot mempelawa ibu bapa yang tinggal berhampiran dengan tabika berkenaan dan mempunyai anak berusia 4 hingga 6 tahun untuk mendaftarkan anak masing-masing belajar peringkat pra. 
 
Untuk urusan pendaftaran atau sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Cikgu Zaini Mahmood di talian 01126707424 atau datang ke tabika berkenaan pada hari persekolahan. 
 
Tabika Nur Ibra merupakan salah satu Tabika Kemas dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, Parlimen Kota Bharu. Tabika ini menerima kanak-kanak yang tinggal di kawasan sekitar Kampung Puteh dan Kampung Paya Senang. 
 
Nama 'Ibra' adalah diambil dari nama pengasasnya iaitu Ibrahim Ahmad, seorang pemimpin setempat.  
 
Tabika ini mula beroperasi pada tahun 1996. Bangunan asal diperbuat daripada papan sebelum digantikan bangunan simen yang lebih selesa dan luas. Ia dapat menampung kira-kira 40 pelajar pada satu-satu masa.  
 
Tabika Kemas Nur Ibra antara tabika yang terbaik dalam pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar.

No comments:

Post a Comment