Tuesday, 27 September 2022

KEM DANAU, RONG CHENOK

 
Danau Tok Uban memang terkenal di Kelantan sebagai kawasan pelancongan. Penorama yang cantik dan mendamaikan menjadikan ia cukup sinonim sebagai lokasi istirahat sekeluarga. Kawasan tepi Danau Tok Uban menjadi lokasi penempatan Masjid Brunei Darussalam yang terkenal cantik dengan seni bina dan pemandangan sekitarnya. 
 
Menjadikan Danau Tok Uban sebagai daya tarikan melatari kawasan sekeliling, Kem Danau, terletak di Kampung Atas Banggol, Rong Chenok, Pasir Mas kini mendapat nafas baharu sebagai lokasi pilihan untuk aktiviti keluarga dan kursus. 
 
Kem Danau menjadi pilihan pihak yang ingin mengendalikan kursus yang melibatkan latihan menyelamat di air dan seumpamanya. Kawasan sekitar yang luas memudahkan urusan aktiviti di lapangan dilaksanakan. 
 
Kawasan pinggir Danau Tok Uban telah diwarta sebagai kawasan untuk pembangunan kawasan pelancongan. Selain Kem Danau dan Masjid Brunei Darussalam yang menjadi tarikan, terdapat juga beberapa chalet yang baharu dibina. 
 
Di kawasan tasik tersebut turut digunakan sebagai kawasan projek tenaga sola terbesar di Asia Tenggara.

No comments:

Post a Comment