Pokok
sacha inchi (plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang. Tumbuhan ini dikatakan
berasal dari negara Peru juga dipanggil sebagai 'sacha peanut', 'inca
peanut', 'mountain peanut' dan 'sacha inci'.
Buah
sacha inchi yang direbus boleh terus dimakan begitu sahaja dengan rasa
lemak. Bahagian biji inilah yang mengandungi
pati minyak yang kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids
(ALA) dan juga Omega-3 Fatty Acids.
Nilai
khasiat ini telah lama digunakan oleh orang Inca di Peru dan juga
penduduk kawasan Amazon sejak lama dahulu sebagai sumber protin tumbuhan
yang didakwa terbaik di dunia.
Khasiat
sacha inchi membantu dalam pembentukkan sistem otot, membantu elakkan
masalah kardiovaskular, menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan
serangan jantung.
Manfaat khasiat sacha inchi:
- Mengawal kolesterol.
- Mencegah pembentukan kristal dalam darah.
- Meningkatkan sokongan sistem imun badan
- Meningkatkan fungsi sel otak
- Melancarkan sistem peredaran darah
- Menurunkan kadar tekanan darah
- Menurunkan kadar gula
- Mengatasi masalah kencing manis
- Menguat dan pembaikan tulang.
- Mencegah kereputan tulang
- Merawat masalah jantung
- Membantu merawat asma (lelah)
No comments:
Post a Comment