Berdoa itu satu pengharapan. Moga ada jalan
Allah akan tunjukkan agar kita berusaha mencari petunjuk dan kaedah untuk
mencapai segala impian, hajat dan keinginan.
Takdir yang nampak macam tak menguntungkan
kita, sebenarnya ada kebaikan yang Allah 'paksakan' untuk kita terima.
Jangan penat dan lelah berdoa. Allah SWT sentiasa
mendengar doa hamba yang mengharapkan sesuatu daripada-Nya.
Berusaha dan berdoa adalah ibadat yang pasti
mendapat kebaikan sebagai pahala untuk bekalan akhirat. Konsistensi melakukan usaha
dan berdoa tidak kira dalam apa jua sitausi. Jangan berburuk sangka terhadap
Allah.
Hidup dengan zikir dan fikir. Berusaha tanpa
henti. Jadilah orang kecil yang berambisi besar.
Zikir mendekatkan diri dengan Allah, fikir menjadikan
kita lebih menghargai peluang hidup yang Allah berikan. Kita perlu yakin dengan
janji-janji Allah memberi kejayaan kepada orang yang tidak putus berusaha dan
berdoa.
Tidak wajar kita merintih dan kecewa dengan
takdir. Kita sendiri memilih jalan sukar dengan menyalahkan orang lain setiap
kali kita gagal.
Pendatang mendapat lebih baik daripada apa
yang kita dapat kerana mereka benar-benar percaya rezeki di negara kita lebih
banyak berbanding di negara asal mereka. Mereka berusaha bersungguh-sungguh dan
mendapat apa yang mereka percaya.
Tidak mampu lagi mahu merayu dan menadah
tangan. Bangsa yang menjadi macai dan balaci sampai bila pun akan merempat dan
tidak mungkin jadi hebat.
No comments:
Post a Comment