Banyak
tayar nampak sempurna dari jauh, tetapi apabila datang dekat, mulalah nampak
tanda-tanda yang perlu diambil perhatian, termasuk menukar tayar baharu.
Antara
keadaan tayar yang perlu diberi perhatian ialah tayar merekah. Masalah rekahan
superfisial atau kecil di dinding atau bunga tayar, tidak boleh diambil mudah.
Kalau
dibiarkan lama, tanda-tanda rekah atau reput itu akan semakin banyak dan
menjalar, sekali gus mengurangkan jangka hayat tayar dan prestasi atas jalan.
Seperti
manusia, getah akan mengeras dan kering seiring usia. Tayar baharu
memiliki minyak dan bahan kimia untuk memperlahankan proses 'penuaan' tersebut.
Tetapi
saban masa, tayar tetap cenderung tersejat, bocor dan pecah. Perkara lain
seperti pendedahan kepada pancaran ultra-ungu (UV), kekerapan penggunaan dan
kitaran panas melampau berisiko mempercepatkan keuzuran tayar.
Rekahan
kosmetik atau minor masih dibenarkan, tetapi dari segi keselamatan, rekahan itu
ialah petanda awal bahawa tayar anda perlu diganti. Apatah lagi jika rekahan
nampak begitu ketara.
Penukaran
tayar baru amat perlu terutama jika ingin melakukan perjalanan jauh. Ambil langkah
berjaga-jaga sebelum berlaku perkara tidak dingini, lebih-lebih lagi berkaitan keselamatan
nyawa.
No comments:
Post a Comment