Mengapa
buah perlu dibalut? Sebabnya untuk mengelak buah diserang lalat buah yang akan
menyebabkan buah rosak. Serangan lalat buah yang kritikal boleh menyebabkan
buah rosak sebelum matang atau sebelum dipetik.
Kalaupun sempat matang, kualiti
buah terjejas dan hanya sebahagian buah boleh dimakan. Buah sedemikian tidak
lagi sesuai untuk dijual.
Hasil
pendapatan petani turut terjejas disebabkan kualiti buah rosak akibat diserang
lalat buah kerana lambat dibalut.
Antara
buah yang perlu dibalut ialah mangga, belimbing besi dan jambu batu. Buah
tersebut memang mudah terdedah kepada serangan lalat buah jika tidak dibalut.
Biarpun
penggunaan racun serangga boleh digunakan untuk membunuh atau menghalang
kedatangan lalat buah, namun keberkesannnya agak terhad dan boleh mendatangkan
mudarat.
Membalut buah dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia daripada
mencemarkan alam sekitar selain mengurangkan kesan sampingan kepada pengguna.
Maka,
cara terbaik untuk mengatasi masalah lalat buah ialah dengan membalut buah berkenaan.
Pembalut yang digunakan sama ada plastik sepenuhnya atau kertas separa plastik.
Proses
membalut buah di pokok rendah atau dahan yang merendang tidak mendatangkan
masalah. Namun, kerja-kerja itu agak sukar jika buah berada di tempat tinggi.
Penanam perlu memanjat pokok berkenaan atau menggunakan tangga.

I find it interesting how wrapping fruit can significantly improve its quality and the farmer's income.
ReplyDelete