Tuesday, 9 December 2025

TEMU LAWAK RAWAT PENYAKIT BERKAITAN HATI

 
Temu lawak sangat berkesan untuk merawat penyakit berkaitan hati. Dalam beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis yang mengambil temu lawak 3 kali sehari secara berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan paras SGOT dan SGPT. 

SGOT dan SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit melalui ujian darah. Temu lawak mampu melindungi hati daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit hati lain.

Selain mengawal kesan penyakit hepatitis B, temu lawak juga dapat mengubati penyakit berkaitan jantung. Temu lawak, terutama zat kurkuminoidnya, dapat meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit jantung koroner).

Fungsi lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat antiperadangan, dan menurunkan tekanan darah.

Khasiat temu lawak lebih banyak dari ginseng. Temu lawak memiliki lebih dari 100 komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen aktif kurkuminoid dan beberapa komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan, antiradanga, antibakteri, antihepatotoksik, antikolesterol, antikanser dan antipembekuan darah.

Aktiviti imunomodulator dari kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid) juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.

Hasil penelitian membuktikan temu lawak tidak memiliki kesan sampingan seperti ubat antiinflamasi kimia yang harganya jauh lebih mahal.  

Penggunaan temu lawak secara rutin, juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk mencegah stroke.

Temu lawak dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan jus dengan ditambahkan madu, limau nipis atau asam.  

Penggunaan temu lawak bagi sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi secara turun temurun. Hasilnya mereka lebih sihat. Sementara itu, penyelidikan mengenai manfaat temu lawak telah banyak dilakukan.

Dengan terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut diharapkan dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap ubat tradisional ini.

Secara umumnya manfaat temu lawak dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi pencernaan, memelihara fungsi hati, mengurang masalah sendi dan tulang, menurunkan lemak darah, antioksidan dan membantu memelihara kesihatan serta mencegah penggumpalan darah.

Sebahagian masyarakat di Nusantara mengamalkan meminum rebusan temu lawak segar yang dicampur  dengan asam jawa atau perahan limau nipis. Minuman ini mereka jadikan sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh.

Baca juga;

No comments:

Post a Comment