Temu lawak
atau temu putih kaya khasiat untuk kesihatan. Temu lawak mengandungi kurkuminoid
dan minyak atsiri yang bermanfaat untuk kebaikan
meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah pelbagai penyakit.
Tumbuhan
ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau wangi pada keseluruhan tumbuhan
terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa
didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal.
Bila
dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil
(6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%).
Temu lawak
banyak digunakan dalam pembuatan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat
menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi
wanita. Temu lawak boleh dijadikan ubat, sama ada dalam bentuk tunggal mahupun
campuran.
Pada
umumnya penanaman temu lawak ketika ini masih tidak dilakukan secara
besar-besaran. Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat
yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari.
Untuk
memenuhi keperluan temu lawak ketika ini masih bergantung kepada sumber dari
hutan yang tumbuh liar. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil keberadaan
sumber temu lawak akan berkurangan.
Ini
terbukti jumlah temu lawak liar di Nusantara, sudah banyak berkurang
dibandingkan beberapa puluh tahun lalu. Maka usaha penanamannya secara intensif
sudah semestinya perlu dilaksanakan segera.
Temu lawak
mengandungi komponen berkhasiat, seperti kurkuminoid dan minyak atsiri
(3-12%). Pati temu lawak terdiri daripada abu, protein, lemak, karbohidrat,
serat kasar, kurkuminoid, kalium, natrium, kalsium, magnesium, besi, manganese dan
kadmium.
Pati
rizom temu lawak dapat dikembangkan sebagai sumber karbohidrat yang digunakan
untuk bahan makanan atau campuran bahan makanan.
Rizomnya
berbau tajam, rasanya pahit dan agak pedas. Temu lawak mempunyai khasiat
laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum dan diuretic.
Herba
temu lawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit:
-
Rheumatik dan kesakitan pada otot.
- Ubat demam.
- Masalah hati dan demam kuning.
- Ubat demam.
- Masalah hati dan demam kuning.
- Penyakit
batu karang
- Penyakit kulit
- Menghilangkan kekejangan.
- Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
- Berak berdarah.
- Penyakit kulit
- Menghilangkan kekejangan.
- Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
- Berak berdarah.
- Merawat
masalah sembelit
- Batuk dan demam pada kanak-kanak.
- Masalah keputihan.
- Penyakit kencing manis.
- Gastrik dan gas berlebihan
- Batuk dan demam pada kanak-kanak.
- Masalah keputihan.
- Penyakit kencing manis.
- Gastrik dan gas berlebihan
Temu lawak
sangat berkesan untuk merawat penyakit berkaitan hati. Dalam beberapa
kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis yang mengambil temu lawak 3
kali sehari secara berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan paras SGOT
dan SGPT.
SGOT dan
SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit melalui ujian
darah. Temu lawak mampu melindungi hati daripada virus yang menyebabkan
jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit hati lain.
Selain mengawal kesan penyakit hepatitis B, temu lawak juga dapat mengubati penyakit berkaitan jantung. Temu lawak, terutama zat kurkuminoidnya, dapat meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit jantung koroner).
Selain mengawal kesan penyakit hepatitis B, temu lawak juga dapat mengubati penyakit berkaitan jantung. Temu lawak, terutama zat kurkuminoidnya, dapat meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit jantung koroner).
Fungsi
lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat antiperadangan,
dan menurunkan tekanan darah.
Khasiat
temu lawak lebih banyak dari ginseng. Temu lawak memiliki lebih dari 100
komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen aktif kurkuminoid dan beberapa
komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan, antiradanga,
antibakteri, antihepatotoksik, antikolesterol, antikanser dan antipembekuan
darah.
Aktiviti
imunomodulator dari kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid) juga
dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.
Hasil
penelitian membuktikan temu lawak tidak memiliki kesan sampingan seperti ubat
antiinflamasi kimia yang harganya jauh lebih mahal.
Penggunaan
temu lawak secara rutin, juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk
mencegah stroke.
Temu lawak
dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan jus dengan ditambahkan madu,
limau nipis atau asam.
Penggunaan
temu lawak bagi sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi secara turun
temurun. Hasilnya mereka lebih sihat. Sementara itu, penyelidikan mengenai
manfaat temu lawak telah banyak dilakukan.
Dengan
terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut diharapkan dapat meningkatkan
penerimaan masyarakat terhadap ubat tradisional ini.
Secara
umumnya manfaat temu lawak dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu
memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi pencernaan, memelihara fungsi hati, mengurang masalah sendi dan tulang, menurunkan lemak darah,
antioksidan dan membantu memelihara kesihatan serta mencegah penggumpalan
darah.
Sebahagian
masyarakat di Nusantara mengamalkan meminum rebusan temu lawak segar yang
dicampur dengan asam jawa atau perahan limau nipis. Minuman ini mereka
jadikan sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk Jutawan Herbs.
Sy ada menjual herba warisan yg boleh merawat semua jenis kanser dari tahap 1 hingga tahap 4 dan juga untuk sakit lutut dan asthma. Herba warisan ini tidak mengganggu rawatan kimoterapi. Ia boleh diambil semasa rawatan hospital, malah lagi baik jika berubat bersama² supaya lebih cepat sembuh. Daun2 herba yg terpilih ini terbukti mujarab dan sukar dijumpai, malah belum ada mana2 syarikat yg mengeluarkan herba ini. Ia herba khusus merawat kanser. Fokus herba ini untuk membunuh sel-sel kanser hingga tahap akar umbi supaya kanser tidak berulang lagi. Jangan biarkan penyakit anda menghuni dlm tubuh terlalu lama. Sel kanser akan merebak ke organ-organ lain. Setiap penyakit ada penawarnya, herba bukanlah benda asing lg, jangan was-was, sejak beratus tahun herba sudah digunakan oleh nenek moyang kita. Ia penawar ciptaan tuhan. Benda semulajadi tidak akan mengganggu rawatan moden. Kita usaha merawat sehabis boleh. Tidak ada sesiapa yg boleh menetap kan utk sembuh tidak boleh bercampur-campur rawatan.
Penawar dah ada, hubungi sy secepat mungkin .Bukan pesakit kanser juga boleh amalkan herba ini sebagai amalan harian untuk mencegah kanser. Untuk pesakit kanser pula sy akan bantu merawat sehingga sembuh dgn herba ini. Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagaimana untuk hadapi kanser, serta cara-cara utk berdepan dgn kanser. Cara menjaga pemakanan dan nasihat lain utk anda.Sy dh jumpa ramai pesakit, mungkin kita blh berkongsi pendapat bagaimana hendak merawat sampai sembuh. Ramai pesakit sy dah sembuh, anda bila lagi....? 😊
Boleh singgah di youtube channel kami di Jutawan Herbs utk melihat testimoni kanser. Sila layari laman facebok saya JUTAWAN HERBS.
Testimoni-Testimoni pengguna JUTAWAN HERBS
▪️ Kanser payudara stage 4
Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM.
Sekarang dah sembuh dan sihat, dulu doktor berkata dia mampu hidup setahun saja lagi. Selepas itu dia mula minum jus herba sampai sekarang, lebih 6tahun dia minum. Dia menerbitkan buku perjuangan kanser sepanjang hidupnya dengan herba. (Buku boleh order dgn sy). Dia menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, Tv1 menceritakan tentang kanser.