Thursday 29 August 2024

STESEN LAMA GEMAS

 
Gemas di Negeri Sembilan sejak dahulu sinonim sebagai pekan kereta api di Malaysia kerana menjadi titik pertemuan laluan kereta api dari barat, timur, utara serta selatan.

Stesen Gemas lama merupakan sebuah stesen kereta api yang tidak lagi digunakan sejak tahun 2013 apabila stesen baru yang berada bersebelahan dengannya beroperasi. Stesen baharu dilengkapi dengan kemudahan yang lebih lengkap serta moden.

Stesen Gemas dibina tahun 1906. Pada tahun 1940-an, stesen ini terdiri daripada dua buah pelantar serta empat depot lokomotif, sebuah cakera putar 60 kaki dan 60 batang tuil kawalan sebelum digantikan dengan sistem 80 batang tuil.

Stesen Gemas mula dibina pada tahun 1906. Ia mempunyai keunikan tersendiri di mana ia menghubungkan dan menjadi titik pertemuan antara pantai timur-selatan-utara.ia terletak ditengah-tengah laluan dan menjadi perhentian terpenting, serta menjadi tempat penukaran kepala untuk megubah hala laluan.



No comments:

Post a Comment