Sunday 4 August 2024

PCAK ANJUR PROGRAM BERSIH KUBUR

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) bukan sahaja prihatin dan membantu golongan asnaf, bahkan turut melakukan aktiviti kebajikan lain.

Antara aktiviti yang turut dilakukan ialah Program Gotong-royong Cuci Kubur. Program yang diadakan dengan kerjasama Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rusa diadakan di Tanah Penkuburan Islam Kampung Kampung Tangok, Bachok.

Program yang disertai penduduk Kampung Rusa dan Kampung Kubang Keladi itu merupakan sebahagian tradisi yang dimalkan penduduk kampung sejak dahulu, terutama apabila tiba musim durian.

Mereka bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dan selepas itu diadakan acara makan pulut durian.

Pada masa dahulu, durian, pulut dan santan disediakan penduduk kampung secara secara sukarela. Mereka membawa durian dari kebun masing-masing, bagi yang ada kebun. Jadi, mereka berkongsi rezeki sambil menyumbangkan tenaga untuk membersihkan kubur.

Program seumpama itu dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung, dan peda masa sama kawasan kubur dapat dibersihkan. Pemilik durian pula berkongsi rezeki tanpa perlu mengagih-agihkan kepada setiap keluarga yang ada di kampung berkenaan.

Semoga amalan gotong-royang seumpama ini dapat diteruskan oleh generasi akan datang. Kalau tiada durian daripada kebun sendiri, bolehlah membelinya.

 

No comments:

Post a Comment