UMNO Bahagian Kota Bharu telah memulakan
kerja-kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Renok
dan PDM Perasu. Bahkan lebih awal dengan mengenal pasti penginapan sebaik saja
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytihar tarikh-tarikh kaitan PRK
berkenaaan.
PRK diadakan berikutan kerusi N.43 Nenggiri
kosong berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri terlucut keahlian
Bersatu kerana menyokong Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Sebelum ini SPR menetapkan hari pengundian
bagi PRK Nenggiri pada 17 Ogos depan, tarikh penamaan calon dan pengundian awal
pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan.
Antara gerak kerja yang dilakukan oleh
petugas di kalangan ahli Wanita, Pemuda dan Puteri ialah mengadakan ziarah
rumah ke rumah dalam siri kempen, serta membuat kajian sikap serta aktiviti
yang mampu menarik sokongan pengudi agar memilih calon Barisan Nasional (BN)
pada hari pengundi nanti.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang
diadakan 12 Ogos 2023, kedua-dua PDM tersebut dimenangi oleh calon Perikatan Nasional
(PN) dari Bersatu, Mohd Azizi bin Abu
Naim, mengalahkan calon BN dari UMNO, Ab Aziz bin Yusoff.
Di PDM Renok, Azizi mendapat 625 undi, manakala
Aziz sebanyak 418, dengan majoriti 207. Manakala di PDM Perasu Azizi mendapat
majoriti 274, setelah mendapat 681 undi, sedangkan Aziz 407 undi.
Bagi PDM Renok, pusat pengundian adalah di
Sekolah Kebangsaan Renok Baru melibatkan tiga seluran. Manakala PDM Perasu pusat
pengundian ialah di Sekolah Kebangsaan Perasu, juga melibatkan tiga saluran.
No comments:
Post a Comment