Monday 2 March 2020

NANAS COBEK HANYA PERLU DICUBIT

Satu baka nanas yang baharu diperkenalkan di Malaysia Malaysia ialah nanas cobek. Perkataan 'cobek' adalah dalam dialek Kelantan yang bermaksud 'cubit'.

Nanas ini masih diperingkat perhatian pihak Jabatan Pertanian dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sehingga ianya sesuai didaftarkan di negara kita mengikut SOP Pendaftaran Varieti Tanaman. 

Di Malaysia sehingga kini terdapat 12 varieti nanas yang telah didaftarkan dibawah Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian iaitu daripada AC1 sehingga AC12.

Dinamakan cobek kerana untuk memakan nanas tersebut hanya perlu dengan mencubit menggunakan jari tanpa perlu memerlukan pisau atau alatan tajam lain.

Nanas cobek berpotensi dikembangkan penanamannya di negara kita kerana ia mudah ditanam dan mendapat permintaan tinggi disebabkan ciri keunikan buahnya dan pasti disebabkan rasa yang manis, bersari, rapuh dan empulur yang lembut.

Benih nanas cobek ada di beberapa negara seperti Brazil, Taiwan serta Thailand. Penanaman nanas cobek mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan.

Nanas cobek belum ditanam secara meluas di negara ini dan sukar ditemui.

Kemunculan nanas cobek di negara kita merancakkan lagi industri nanas di Malaysia yang sebelum ini telah terkenal dengan beberapa varieti lain seperti  Nanas MD2, Nanas Josapine, Nanas N36, Nanas Yankee dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment