Friday 14 February 2020

CARA MUDAH BELAJAR MENJALA

Menjala ikan satu cara menangkap ikan. Biarpun menjala ikan bertujuan mendapatkan ikan di dalam air, tidak ramai yang minat menjala berbanding memancing.

Tidak semua orang boleh menjala biarpun nampak mudah sekadar menebar sahaja. Ada teknik dan seni menjala perlu dipelajari bagi memastikan jala benar-benar bertebar luas. 

Itu belum masuk mengenal lubuk yang 'diyakini' ada ikan. Kalau tidak kenal lubuk ikan, maka tebarlah banyak kali pun, tetapi tidak dapat ikan.

Hendak belajar tebar jala kena tahu caranya. Carilah guru yang mahir untuk mengajar teknik menjala. Sekarang ini boleh lihat dalam video di media sosial mahupun laman web.

Kalau sekadar mencuba-cuba atau membuat latihan di atas darat, mungkin ia berjaya, tetapi bukan cara terbaik. 

Ramai orang menjala berjaya menebarkan jala dengan baik, belum tentu itu cara terbaik. Kalau tidak kena cara, biarpun jala ditebarkan dengan baik, tetapi boleh menyebabkan sakit badan atau menggunakan banyak tenaga.

Yang minat menjala boleh belajar melalui video di bawah,


No comments:

Post a Comment