Kelantan
digelar Serambi Mekah. Namun, di Kelantan penganut agama lain bebas mengamalkan
kepercayaan dan aktiviti agama masing-masing. Di jajahan Tumpat terdapat 25 rumah ibadat Siam atau Wat dan sebuah kuih Hindu iaitu Kuil
Muthu Mariammmani.
Banyak perayaan bukan Islam dirayakan di Tumpat yang
dihormati oleh kaum lain. Termasuk perayaan disambut di Tumpat ialah Thaipusam,
biarpun bilangan penganut Hindu di jajahan Tumpat agak sedikit.
Setiap tahun, penganut Hindu menyambut Thaipusam
di Tumpat dengan mengadakan perarakan kavadi dari Kuil Muthu Mariammmani ke
Pantai Ndo.
Peserta perarakan akan berjalan sejauh kira-kira
1.5 kilometer. Kuil Muthu Mariammmani terletak berhampiran lintasan kereta api,
Jalan Besar.
Biarpun jumlah kehadiran tidak seramai dan
semeriah di Batu Cave, perarakan di Tumpat tidak kurang menarik dan penuh bererti
di kalangan penganut agama Hindu.
No comments:
Post a Comment