
Isi ubi keling berwarna putih jernih dan apabila
dimasak akan menjadi putih. Ubi keling mengeluarkan bau yang harum dan enak
apabila dimasak atau direbus.
Ubi keling merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam. Dinamakan ubi keling kerana kulitnya hitam (harap ia tidak dianggap rasis ataupun menghina).
Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Ia merupakan jenis ubi yang boleh dimakan selepas direbus.
Ubi keling sama famili dengan pokok bunga
ati-ati yang banyak ditanam di kawasan rumah.
Ubi keling tumbuh secar liar di kawasan hutan
dan kebun terutama di kawasan tanah yang baru dibuka khasnya kawasan tanah
gambut.
Tanaman ubi keling adalah sejenis pokok
menjalar di atas tanah serta mempunyai akar rambut. Daunnya berwarna hujau muda
dan berkerinting serta permukaan daun yang agak berbulu.
No comments:
Post a Comment