Rakyat Malaysia perlu menghentikan penyebaran
berita palsu, berbaur fitnah dan berbentuk hasutan demi menjaga keharmonian
negara.
Fitnah siber menerusi penularan berita palsu adalah
lebih bahaya dan ia dilakukan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda politik
termasuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Rakyat perlu mempunyai sifat tabayyun,
menyelidik dahulu sesuatu berita sebelum menyebarkan.
Tabayyun merupakan salah satu akhlak
mulia dan salah satu prinsip penting dalam menjaga kemurnian agama Islam dan
keharmonian dalam sesebuah negara.
Fahami fiqh tabayyun
- Tidak terburu-buru
sebar berita, maklumat.
- Tangguh sehingga
pasti kesahihannya.
- Tidak sebar berita
negatif, umpatan, gosip.
- Tidak turuti
perkara yang tiada pengetahuan.
- Percaya, beramal
dengan apa yang diyakini, difahami.
- Tidak sebar berita
daripada pihak tidak dikenali atau dikenali sebagai pembohong.
- Tidak sebar berita
mengaibkan, memburukkan, menghina sesetengah pihak.
- Mengadakan
pertemuan secara langsung dengan pembawa berita.
- Bertanya langsung
kepada pihak pelaku utama.
- Mendengar dengan
saksama maklumat kedua-dua belah pihak.
- Melakukan
penyelidikan berdasarkan pengamatan peristiwa yang berlaku.
- Merujuk pihak
berkuasa untuk mendapatkan kepastian.
- Ingat malaikat
sentiasa mencatat setiap amalan baik dan buruk dilakukan.
No comments:
Post a Comment