Monday 18 September 2017

Perang Kelantan Terengganu

Dahulu, Kelantan diperintah secara berasingan oleh beberapa orang raja mengikut daerah tertentu. Negeri Kelantan wujud sebagai satu negeri dengan seorang pemerintah apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan. Pada tahun 1777, Raja Long Yunus telah memindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Galuh yang terletak di sebelah timur tebing Sungai Kelantan.

Pada tahun 1794, berlaku permusuhan antara Kelantan dan Terengganu. Selepas Long Yunus mangkat, Kelantan telah diserang oleh Terengganu pada tahun 1795 dan tahun 1800. Dalam serangan ini, Terengganu dibantu oleh Patani dan Kelantan tewas dalam kedua-dua serangan tersebut.

Pada tahun 1801, Long Muhammad, putera Raja Long Yunus melancarkan serangan balas dari Ulu Kelantan dan berjaya membebaskan semula negeri Kelantan daripada tawanan Terengganu. Selepas peperangan itu tamat, Long Muhammad telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad 1.

Untuk dipandang kuat, baginda telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam. Pada tahun 1818, Kelantan menghantar bunga emas kepada Siam. Pihak Siam pula membalas dengan memberi hadiah yang berharga. Penghantaran bunga emas dibuat setiap tiga tahun sekali. Hasil hubungan diplomatik ini, Terenganu tidak lagi menunjukkan permusuhan terhadap Kelantan.

No comments:

Post a Comment