Sunday 17 September 2017

KENAL MUSUH ELAK JADI MANGSA

Musuh tidak pernah hilang, hanya beza bentuk. Ketika negara belum mencapai kemerdekaan, tentulah penjajah Inggeris yang dianggap musuh, biarpun mereka ketika itu mentadir negara.

Lepas itu berlaku penjajahan Jepun. Kisah penderitaan amat hebat. Datuk nenek kita kongsi pengalaman ngeri. Kurang bekalan makanan, wanita diperkosa, banyak yang dipancung tentera Jepun kerana sedikit kesalahan. 

Kemudian keganasan bintang tiga pula berlaku. Huru hara seluruh negara. Mereka berjuang hendak bebaskan negara tetapi dengan cara kekerasan.

Banyak anggota tentera, polis dan orang awam terbunuh dalam pertempuran dengan komunis. Isteri jadi balu. Anak jadi yatim. Kejahatan komunis memang mengerumkan. Selain nyawa banyak harta benda musnah.

Selepas negara merdeka, komunis masih melakukan gerakan militan, Di luar negara berlakunya kemaraan komunis dari utara menyerang Vietnam dan menguasainya. Gerakan ini jika tidak dibendung dengan kerjasama antarabangsa, berkemungkinan merebak ke negara-negara Asia Tenggara lain, termasuk Malaysia.

Ribuan menjadi mangsa, bahkan ratusan ribu telah menjadi mangsa hasil pertarungan komunis dan non-komunis, sama ada di Malaya atau di negara-negara lain. Bahkan di Vietnam sehingga jutaan rakyat telah terkorban.

Pada tahun 1975, peperangan di Vietnam telah tamat, Vietnam Utara berjaya mengalahkan Amerika dan juga sekutunya di Vietnam Selatan. Richard Nixon telah melawat China dan membuat satu hubungan diplomatik baru di dunia ini. Russia pula membuat pembaharuan di atas konsep “glasnost (openness) and perestroika (restructuring)” menarik keluar tentera dan kuasa politiknya di Afganistan dan di negara-negara CIS yang lain.

Malaysia menandatangani perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya pada tahun 1989 iaitu Rundingan Damai Haadyai.

Era komunis telah lama berakhir. Kini satu ancaman baru kepada umat Islam ialah ajaran Syiah. Perkara ini hangat diperkatakan sekarang. Perang terhadap Syiah diharapkan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Syiah benarkan nikah mutaah. Isteri boleh dinikah lelaki lain atas dasar mutaah. Kira macam kongsi isteri.

Jika betul-betul ingin mengelak menular ajaran Syiah di Malaysia, maka ia perlu dilakukan sehingga akar umbi. Jangan berkompromi langsung. Tindakan tegas perlu dilakukan.

Jika pihak berwajib hanya beretorik dalam mengadapi situasi ini, jangan marah jika ada sudah mempersendakan tindakan tegas sekarang ini yang hanya dilihat akan sementara saja.

Musuh nombor satu negara adalah dadah. Jumlah penagih dadah bertambah saban tahun biarpun usaha membanteras dilakukan. Banyak jenayah dilakukan penagih dadah.

Kenali masuh kita agar tidak terjebak atau terkena kesan buruk perbuatan mereka.

No comments:

Post a Comment