Saturday, 7 January 2017

KHASIAT MISAI KUCING

Khasiat misai kucing kaya khasiat rawat penyakit, bantu pulih kesihatan dan beri tenaga sudah lama diperkatakan dan digunakan masyarakat Melayu.

Misai kucing antara lain dapat berfungsi untuk rawatan:
- Kencing manis, darah tinggi, mengelak jangkitan saluran kencing.
- Mengelakkan batu karang (kencing lawas)
- Merangsang kesihatan prostate
- Menggalak hormone testeron
- Membantu menyingkirkan asid urik (gout)
- Arthritis, reumatik, nephritis
- Arteriosclerosis
- Mengurangkan kadar kolestrol
- Melancarkan peredaran darah
- Mengurangkan penyakit kardiovaskular
- Anti kanser
- Sakit jantung

Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. 

Kajian mendapati ianya mampu:-
- Membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan.
- Membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.
- Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.
- Merawat penyakit kencing manis, gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang.
- Mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing.
- Mengurangkan kadar kolesterol darah.
- Menurunkan tekanan darah tinggi.
- Melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman di samping sifat antiseptiknya.

Gunalah herba tempatan yang memang terkenal mujarab. Industri herba negara semakin berkembang dan mendapat sambutan.  

Herba di negara kita mempunyai potensi besar untuk mendapat tempat dalam pasaran dunia. Namun, sokongan daripada rakyat negara sendiri mesti diraih dahulu.

Hargailah apa yang kita ada. Memajukan industri herba negara dapat membantu meningkatkan ekonomi, terutama mereka yang terlibat secara langsung dalam penanaman herba ini.    

Apa yang diusahakan sendiri dalam negara, tentu lebih murah daripada kita memberi produk yang dihasilkan di luar negara.  

Kita tidak boleh selamanya bergantung kepada produk dari luar negara, sedangkan kita sendiri mempunyai kelebihan dari segi sumber bahan mentahnya. Guna dan berbangga dengan produk keluaran tempatan.

No comments:

Post a Comment