Allah SWT telah
menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati
malam lailatul qadar, maka akan diberi ganjaran pahala amalan mereka itu
melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan.
Memandangkan tidak diketahui bilakah
Lailatulqadar, mengikut akal logik, jika kita 'borong' kesemua malam pada bulan
Ramadan, terutama pada 10 mlam terakhir seperti dijelaskan dalam hadis, sudah
pasti kita tidak akan terlepas mendapatnya.
Jumlah 10 malam terakhir bukan 'banyak' untuk dipenuhi dengan ibadat
berbanding ganjaran yang diperoleh. Inilah pentingnya fokus dan
ikhlas agar apa yang dilakukan dirasakan mudah dan sesuatu yang
disenangi.
Tetapi fenomena sebaliknya berlaku dalam masyarakat
kita. Biasanya, pada akhir-akhir Ramadan, kita telah mula hilang
fokus kepada ibadat. Ia mungkin berpunca rasa sudah 'jemu' melakukan
ibadat sejak awal bulan lagi.
Mungkin juga kehebatan ibadat pada awal Ramadan hanya sekadar satu ritual
yang diamalkan sejak turun temurun. Sebab itu, amat penting kita menanam dalam
diri setiap muslim melakukan ibadat kerana mencari keredaan Allah SWT, dan
bukannya kerana terikut-ikut dengan budaya atau pengaruh masyarakat
sekeliling.
Jika kita benar-benar ingin beribadat pada malam Lailatulqadar, sesibuk
mana sekalipun peluang masih ada. Beribadat tidak semestinya di
masjid atau atas tikar sembahyang sahaja.
Berzikir, beristigfar, berselawat, membaca al-Quran (walaupun sekadar
beberapa ayat atau surah lazim), bersedekah, membantu sesama muslim dan
melakukan sesuatu kebaikan juga termasuk dalam ibadat yang perlu dilakukan pada
malam Lailatulqadar.
Dengan kata lain, tidak sukar untuk menghidupkan malam Lailatulqadar
mengikut kesempatan masing-masing. Selagi bulan Ramadan belum
berakhir, peluang untuk menjadi tetamu Lailatulqadar masih ada.
Dalam menghayati pengertian al-Qadar itu
sendiri, sebahagian ulama berpendapat bahawa ia bermaksud pengagungan.
Oleh yang demikian, di sini dapat kita fahami
bahawa lailatul qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana telah
diturunkan al-Quran pada malam berkenaan, turunnya malaikat, melimpahnya rahmat
dan keampunan Allah SWT serta pada malam tersebutlah juga Allah SWT akan
menganugerahkan keagungan dan kemuliaan kepada mereka yang melakukan ibadah pada
malam tersebut.
Selain itu, al-Qadr juga membawa maksud
penetapan. Oleh itu, lailatul qadar juga bermaksud malam penetapan segala
urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.
Lebih istimewa lagi apabila malam lailatul qadar merupakan malam yang sengaja dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai satu ujian kepada umat Islam dalam mencari dan meraih rahmat serta kasih sayang daripada-Nya.

Justeru bagi mereka yang benar-benar beriman
kepada Allah SWT dan sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadah sepanjang bulan
Ramadhan, maka pastinya mereka tidak akan terlepas untuk menemui malam yang
lebih mulia daripada seribu bulan ini.
Oleh yang demikian, bagi meraih pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT di penghujung Ramadhan, umat Islam disarankan agar terus melipatgandakan ibadah-ibadah sunat bagi mencari dan merebut malam lailatul qadar.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada
10 malam terakhir di bulan Ramadhan (hadis riwayat Muslim).
Dalam sabdanya yang lain, Baginda SAW juga ada menyebut yang bermaksud: "Carilah lailatul qadar pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir (hadis riwayat Muslim).

Daripada kedua-dua hadis di atas dapat
disimpulkan bahawa kita seharusnya melipatgandakan ibadah pada malam-malam yang
ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan.
Malah, dalam melewati sepuluh hari terakhir Ramadhan, Rasulullah SAW akan mencari lailatul qadar dan menyeru sahabat-sahabat Baginda agar turut serta mencarinya dengan menghidupkan malam-malam berkenaan dengan beribadah (qiamullail).

Bahkan, baginda juga akan mengejutkan ahli
keluarganya pada 10 malam terakhir Ramadhan dengan harapan supaya dapat
memperoleh lailatul qadar yang penuh dengan keistimewaan dan keberkatan.
Para ulama berbeza pendapat sama ada Lailatulqadar berlaku pada malam genap
atau malam ganjil daripada 10 malam terakhir itu.
Menurut pendapat Imam Nawawi, memandangkan hadis mengenai Lailatulaqdar
berselisih waktunya, ini menunjukkan bahawa malam berkenaan berpindah-pindah
pada setiap tahun.
Waktu Lailatulqadar bermula selepas Maghrib hingga terbit fajar
keesokkannya. Dalam masyarakat kita ada menyebut mengenai 'tanda'
malam itu adalah Lailatulqadar. Ada yang mengatakan pada malam itu
keadaannya sunyi, dingin berbanding hari-hari biasa, ada petanda pelik dan
sebagainya.
Bahkan, ada mengaitkan betapa agung Lailatulqadar hingga semua kejadian di
muka bumi ini 'terpegun' dan berubah sifat biasanya. Laut bergelora
menjadi tenang, air menjadi tawar, air sungai berhenti mengalir, api tidak lagi
membakar, pokok sujud dan sebagainya.
Itu semuanya hanya satu andaian, atau boleh dikaitkan dengan mitos yang
tidak boleh dipertanggungjawabkan sahihnya, tidak masuk akal dan
mengada-ada. Sedangkan hakikatnya tidak siapa tahu bilakah
sebenarnya malam telah berlaku Lailatulqadar.
Perlu diingatkan, jangan pula kita berlebih-lebih dalam membuat pengcaman
Lailatulqadar sehingga ada yang melibatkan perkara khurafat. Pertingkatkan
ibadat, bukannya mencari tanda-tanda Lailatulqadar.
Kita tidak perlu mengetahui sama ada malam itu Lailatulqadar atau
tidak. Ibadat bulan Ramadan memberi ganjaran yang
besar. Biarlah kita tidak dapat tahu telah memperoleh Lailatulqadar,
kerana apa yang penting ialah catatan pahala yang bakal diketahui di akhirat
kelak.
Sebenarnya, lebih baik kita tidak mengetahui bila malam Lailatulqadar bagi
mengelak kita menjadi angkuh dan malas beribadat kerana telah mendapat
Lailatulqadar.
Biarlah Lailatulqadar terus rahsia dan kita terus memburunya setiap tahun
sepanjang kita masih berpeluang hidup pada bulan Ramadan.
Sesungguhnya ibadah qiamullail merupakan
kegemaran Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda.
Ummul Mukminin Saidatina Aishah pernah
berkata: "Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah SAW
tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda
bersolat dalam keadaan duduk."
Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan
dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu" (hadis
riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalah peristiwa yang lain, telah diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau mengejutkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: "Solat, solat" sambil membaca ayat 132 daripada surah Taha yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa".
Sewajarnya teladan yang ditunjukkan oleh Rasullullh SAW dan para sahabat Baginda dalam menghayati bulan Ramadhan dan sepuluh malam terakhir Ramadhan dijadikan pedoman kepada seluruh umat Islam pada hari ini.

No comments:
Post a Comment