Sunday, 13 March 2022

PERIBAHASA "AYAM TAK PATUK, ITIK TIDAK SUDU"

 
Ada satu peribahasa; ayam tak patuk, itik tidak sudu. Peribahasa itu bermaksud keadaan seseorang yang hina dalam masyarakat. Tiada siapa yang peduli kepadanya. 
 
Mengapa ayam dan itik dijadikan anologi atau perbandingan dalam peribahasa tersebut? 
 
Di kampung pada masa dahulu, ayam dan itik dipelihara dibiarkan bebas. Ayam akan mematuk apa sahaja untuk dijadikan makanan, termasuk najis yang pada ketika itu dibuang merata-rata dalam semak. 
 
Itik pula akan menyudu di mana-mana sahaja, termasuk di dalam air kotor untuk mencari makanan. 
 
Jadi, satu perkara pelik jika ada sesuatu yang tidak dipatuk ayam dan tidak disudu itik. 
 
Diumpamakan keadaan itu kepada manusia, menggambarkan betapa hinanya seseorang itu di dalam masyarakat. 
 
Justeru, jika ada individu yang disambut meriah ke mana sahaja dia pergi, tidak mungkin dia tergolong individu “ayam tidak patuk, itik tidak sudu”.

No comments:

Post a Comment