Islam
adalah agama yang mendukung prinsip-prinsip suci yang sangat selari dengan
fitrah manusia dalam aspek-aspek hubungan dengan Rabb Pencipta kita dan juga
hubungan sesama manusia*.
Islam
memerintah kita sentiasa berlaku adil kerana ia lebih hampir kepada taqwa, dan
taqwa adalah pasport untuk masuk ke syurga. Maka ini dengan secara tidak
langsung bermakna sesiapa yang tidak berlaku adil akan menghadapi masalah besar
di akhirat kelak kerana passport taqwa itu tidak mungkin diperolehinya.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam
akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Maidah, ayat 8).
(Surah al-Maidah, ayat 8).
Manakala
firman Allah dalam surah An-Nisa, ayat 135 bermaksud: "Wahai orang-orang
yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan
keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah,
sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu."
Islam
tidak sekali-kali bertindak keras terhadap bukan Islam semata-mata kerana mereka
tidak menerima Islam. Sebaliknya, Islam bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang
memusuhi Islam dan mengkhianati perjanjian damai yang sekaligus membuka kepada tindakan
'perang' yang keras.
Dalam
catatan sejarah terdapat kejadian bagaimana Rasulullah SAW bertindak balas terhadap
musuh-musuh Islam:
-
Pembunuhan terhadap Ka'ab bin Ashraff, seorang pengkhianat berbangsa Yahudi
dari Madinah yang datang ke Makkah untuk menghasut kafir Qurasy supaya
menyerang umat Islam bagi menuntut bela atas kekalahan mereka di Badr.
Peperangan Uhud telah menyusul tidak lama selepas itu.
-
Pemenggalan kepala terhadap semua kaum lelaki Yahudi dari suku Bani Qurayza dan
penghambaan ke atas wanita-wanita dan kanak-kanak mereka kerana berkomplot
secara rahsia untuk membunuh Nabi, dan juga atas sebab pencabulan terhadap
perjanjian piagam Madinah kerana bersekongkol dengan kafir Qurasy untuk menyerang
Madinah.
-
Serangan terhadap kaum Yahudi dari suku Bani Nadhir dan hukuman pembuangan
negeri dari Madinah atas komplot rahsia mereka bekerjasama dengan kafir Qurasy
dan tentera bersekutu musyrikin dari kabilah-kabilah Arab lain dalam peperangan
Al-Ahzab.
-
Pencabulan oleh pihak kafir Qurasy terhadap perjanjian Hudaibiyyah yang
mengakibatkan Nabi mara bersama 10 ribu tentera Islam dari Madinah untuk
menawan dan membebaskan kota Makkah* dari penguasaan kafir Qurasy.
Jelas
di sini bahawa tindakan keras Nabi hanyalah sebagai respons kepada
pengkhianatan yang diawali oleh musuh-musuh Islam. Bukannya Nabi yang mulakan
pengkhianatan terlebih dahulu.
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment