Bahagian Eksekutif Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM),
Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (KKMM) Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia (Zon Timur) pada 3 hingga 5 Jun 2025 bertempat di Pusat Latihan
Kenegaraan Besut, Terengganu.
Kursus ini telah dihadiri seramai 122 orang peserta terdiri pegawai
dan anggota dari APM Negeri Kelantan, APM Negeri Terengganu, APM Negeri Pahang
dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT).
Peserta didedahkan dengan pemahaman Pembinaan Negara Bangsa
, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI.
Pengarah Bahagian Kepimpinan Negara AKM, Mohd Khailani bin
Ismail telah hadir bagi meyampaikan ucaptama perasmian.
Manakala majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah APM
Negeri Terengganu, Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsudin. Turut hadir Ketua
Seksyen Perkhidmatan Awam (Pasukan Beruniform) AKM, Mohd Firdani bin Kamarudin.
No comments:
Post a Comment