Friday, 27 December 2024

BEKAM BUANG DARAH TOKSIK

 
Fungsi bekam yang utama adalah mengeluarkan darah yang rosak yakni sel-sel yang telah mati, bertoksid, berasid, berlemak dan kandungan-kandungan sisa buangan yang tidak berguna dari pembuluh darah. Darah yang rosak ini berada kira-kira 3 mm di bawah epidermis mengikut anatomi kulit badan manusia. Darah yang dikeluarkan bukannya dari pembuluh darah sama ada vena atau arteri. 
 
Teknik pengubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor mengandungi toksik atau racun yang berbahaya dalam tubuh melalui permukaan kulit. Toksin itu berada dalam tubuh hampir setiap orang.
 
Toksin berasal daripada pencemaran udara mahupun makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, pengembang, penyedap rasa, pemanis dan racun sayuran.
 
Berbekam dapat membersihkan darah yang mengalir dalam tubuh manusia dan inilah salah satu detoksifikasi (proses pengeluaran toksik) yang sangat berkesan serta tiada kesan sampingan.
 
Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghapuskan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh serta memberi seribu harapan kepada penderita untuk terus berikhtiar mendapat kesembuhan.
 
Rawatan berbekam merupakan salah satu rawatan yang menjadi amalan Rasulullah SAW yang terbukti berkesan merawat dan mencegah pelbagai penyakit kronik sama ada zahir atau batin.
 
Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
 
Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, wanita mengandung dan ketika haid, masalah kulit serius atau dalam keadaan sangat letih, sangat lapar dan sangat kenyang.
 
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

No comments:

Post a Comment