Castellfollit de la Roca satu kampung yang
paling indah di Catalonia, Sepanyol. Ia terletak di antara Sungai Fluviá dan Sungai
Toronell. Rumah dan gereja di kampung itu berpaut pada bahagian atas muka batu
basalt yang menakjubkan.
Bahagian lama kampung ini bermula pada Zaman
Pertengahan dan terdiri daripada dataran, jalan sempit dan sudut teduh. Sudut
pandangan dataran Josep Pla terletak betul-betul di pinggir tebing dan
menawarkan pemandangan yang menakjubkan.
Lokasinya yang paling penting dan indah
ialah Gereja Sant Salvador, yang dibina pada abad ke-13. Ia menjadi lokasi
tumpuan bukan sahaja di kalangan penduduk setempat, bahkan pelancong.
Kampung ini sepanjang 1,000 meter panjang
dan 50 meter lebar, dan jurangnya sedalam 50 meter. Hanya ada satu jalan dan
kira-kira seribu orang tinggal di atasnya.
Batu basalt yang menjadi tapak rumah terbentuk
akibat perlanggaran aliran lava. Rumah-rumah itu dibina daripada batu yang
dipotong oleh penduduk tempatan dari lava yang sama.
Pada peringkat awal, kampung itu merupakan kubu
pertahanan yang tidak dapat ditembusi musuh. Penduduk kawasan sekitar akan melarikan
diri dari rumah masing-masing dan berlindung di situ apabila kampung mereka diserang.
Kemudian, ada penduduk yang memilih membuat rumah di kawasan tersebut dan
kemudian semakin banyak sehingga menjadi satu kampung dan kekal sehingga
sekarang.
No comments:
Post a Comment