Thursday 2 September 2021

JENAMA KAIN SARUNG PELEKAT TERKENAL DI PASARAN

 
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisi 'pelekat' sebagai sejenis kain sarung (yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya) 
 
Kain pelekat (biasanya dieja pelikat) dahulunya pakaian 'wajib' lelaki ketika menunaikan sembahyang. Ia dipakai labuh sehingga paras buku lali dengan bahagian atas berada pada bahagian atas pusat. 

Namun, sekarang ini kain pelekat semakin jarang dilihat dipakai lelaki yang pergi ke masjid atau surau. Sebaliknya, semakin ramai yang memakai jubah mahupun seluar longgar yang dikatakan lebih selesa dan 'bergaya'.

Pun begitu, kain pelekat masih lagi mendapat permintaan. Penggunaan kain pelekat dianggap lambang seni budaya yang menjadi identiti lelaki Melayu.
 
Terdapat banyak jenama kain pelekat di pasaran sekarang. Kebanyakan kain pelekat diimport dari Indonesia. Setiap jenama pastinya mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan tersendiri.

Kain pelekat buatan Indonesia mendapat sambutan kerana:
- Sangat selesa dipakai.
- Tidak panas.
- Cotton lembut.
- Tidak jarang. 
- Sesuai untuk kegunaan harian.
- Sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan.
- Terdapat dalam kotak bungkusan yang kemas.
- Pelbagai warna dan motif yang menarik. 
 
Kami ada menjual pelekat secara dalam talian. Mudah, cepat dan murah. 
 
PELEKAT MANGGA NUR AJUNG

No comments:

Post a Comment