Kita
perlu meningkatkan kesedaran pentingnya aktiviti fizikal untuk mendapat
kebaikan dari segi kesihatan. Antara aktiviti fizikal yang baik dan mudah
dilakukan ialah berjalan.
Aktiviti
berjalan adalah amat baik diamalkan. Sesasaran berjalan yang perlu diusahakan
ialah 10,000 langkah sehari.
Berjalan
dengan langkah 10 000 sama seperti berenang selama 90 minit, berbasikal selama
70 minit, bermain bola sepak selama 90 minit.
Amalan
berjalan dapat membantu mengawal dan mencegah osteoporosis, selain itu dapat
juga mengurangkan risiko penyakit kronik. Antara manfaat lain berjalan kaki
ialah mengurangkan risiko kanser kolon, payudara dan prostat.
Berjalan
kaki atau bersenam juga membantu mengurangkan masalah perut buncit, menurunkan
paras kolesterol dalam darah.
Kebaikan
berjalan kaki berbanding riadah atau sukan lain ialah ia sesuai untuk semua
golongan umur dan individu. Boleh dilakukan di mana-mana tempat dan pada
bila-bila masa.
Maka
itu, tidak ada alasan untuk anda berkata sukar berjalan kecuali anda memang
menghadapi penyakit yang sukar untuk berjalan.
Berjalan
10000 langkah sehari banyak beri kebaikan serta manfaat untuk kesihatan. Mengikut
kajian, faedah berjalan 10,000 langkah sehari satu keperluan untuk kehidupan
sihat, ceria dan bahagia.
Jumlah 10,000 langkah bersamaan berjalan kaki kira-kira 6 kilometer sehari.
Individu berjalan melebihi 10,000 langkah sehari, dianggap sebagai seorang yang
aktif dan sihat dari segi fizikal.
No comments:
Post a Comment