Bahasa
menunjukkan bangsa. Kita kenal sesuatu bangsa berdasarkan bahasa yang
digunakan.
Bahasa
menjadi sebahagian budaya dan cerminan kepada peribadi dan perwatakan
penggunanya.
Sebab
itu, berbahasalah dengan bahasa yang sopan. Jauhi bahasa kasar dan mencaci.
Malang
sekali ada individu yang lebih suka menggunakan bahasa kasar dan mencaci
sehingga dirinya dikenali dengan sikap tersebut.
Individu
menggunakan bahasa kasar dan mencaci mencerminkan dirinya berada pada tahap
pekerti yang rendah. Individu yang tidak wajar diberi penghormatan dalam apa keadaan
sekalipun.
Dalam
satu adegan filem arahan dan lakonan P Ramlee, iaitu Seniman Bujang Lapuk,
Ramli meminta Sudin menanyakan soalan kepada Mr Singh, seorang jaga di Studio
Jalan Ampas.
Namun,
bahasa yang digunakan oleh Sudin itu tidak menyenangkan sesiapapun yang
mendengar, lantas Mr Singh 'membahasakan' Sudin dengan berkata: "Nama saja
orang Melayu, adab pun tak tahu. Orang nak cakap panggil hoi, hoi, hoi. Saya ni
apa, batu kah, kayu kah?"
Lantas
Ramli menasihati rakannya, Sudin (dan pastinya kita semua) dengan ungkapan:
"Iyalah Sudin, engkau itu mana ada bahasa. Panggil orang hoi, hoi. Bahasa
menunjukkan bangsa tahu."
No comments:
Post a Comment