Monday 28 June 2021

HARAM KERAJAAN KENAKAN CUKAI KEPADA RAKYAT?

 
Banyak perbincangan berkenaan apakah hukum kerajaan mengambil atau mengenakan cukai. Paling ketera ia dibincangkan apabila kerajaan BN memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula 1 April 2015. 
 
Tidak kurang yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya. Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal.  
 
Dalam sejarah Islam, semasa pentadbiran Sayidina Umar Al-Khattab telah diperkenalkan sistem percukaian. 
 
Saidina Umar mewujudkan (sistem) baharu yang belum pernah wujud masa zaman Nabi Muhammad SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai. 
 
Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara Khulafa al-Rasyidin. 
 
Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh (kenakan cukai). Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali kata boleh, jika ada maslahat. 
 
Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat daripada ahli syura, pakar, penasihat yang jujur lagi amanah, maka pemerintah boleh kenakan cukai yang sewajarnya. 
 
Ada pihak yang menganggap Islam hanya terbatas kepada ibadat khusus yang memfokuskan kepada urusan akhirat dengan mengabaikan urusan kehidupan dunia. Mereka beranggapan soal ekonomi hanya terbatas kepada zakat, wakaf dan sedekah. 
 
Sebenarnya Islam adalah sistem kehidupan lengkap dan sempurna. Islam mengajak kepada keadilan sosial. Islam mempunyai kombinasi padu antara kesyumulan dan kebenaran. Ia menerima perubahan bagi menjamin kesinambungan hidup manusia di dunia ini. 
 
Keunikan ini bertujuan memperoleh kebahagiaan sejati dalam kehidupan dunia dan akhirat. Keadilan sosial dalam Islam adalah bahagian yang terdapat dalam sistem hidup syumul. 
 
Ia merangkumi alam sejagat, kehidupan dan manusia. Justeru, Islam adalah agama yang membawa perubahan secara berterusan dalam masyarakat supaya manusia mendapat kebahagiaan lengkap dan sempurna. 
 
Sebarang bentuk urusan kewangan termasuklah percukaian hendaklah berasaskan kehendak pemilik mutlak harta, iaitu Allah SWT.

No comments:

Post a Comment