Wednesday 23 June 2021

SIDANG PARLIMEN BINCANG MASALAH RAKYAT

 
Sidang Parlimen sepatutnya menjadi medium suara rakyat melalui Ahli Parlimen yang dipilih mengikut kawasan masing-masing. 
 
Ahli Parlimen bertanggungjawa membangkitkan, membincangkan dan memutuskan sesuatu perkara berkaitan rakyat dan negara. 
 
Malang sekali apabila Parlimen menjadi medan perebutan kuasa. Pihak yang memerintah takut jawatan dan kedudukan mereka hilang. Manakala di pihak pembangkang pula ingin mendapat kedudukan sebagai kerajaan.   
 
Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang seharusnya menyemak semula niat mereka sama ada menjadikan Parlimen medan perebutan kuasa atau menjadi wakil rakyat dalam mengusulkan masalah rakyat. 
 
Sekiranya masalah ini berterusan, tidak peliklah mengapa neraka itu dipenuhi dengan pemimpin dan siapakah akan terus menjadi mangsa? Rakyatlah. 
 
Negara sekarang diserang wabak Covid-19, yang turut melibatkan negara seluruh negara. Akibat wabak tersebut, banyak sekatan dan halangan pergerakan dan aktiviti ekonomi serta sosial tidak dapat dijalankan. 
 
Banyak yang hilang punca pendapatan dan menghadapi tekanan hidup kerana bencana pandemik ini. Perkara ini bukan mudah untuk diselesaikan hanya tindakan dan usaha sebelah kerajaan sahaja. 
 
Pembangkang dan semua rakyat perlu fokus kepada usaha untuk membantu rakyat mendepani masalah disebabkan pendemik ini. 
 
Sudah-sudahlah jadikan sidang parlimen sebagai medan perebutan kuasa. Janganlah terus diperdaya dan diperbodohkan dek kuasa politik yang tiada noktahnya sedangkan rakyat bergelimpangan sedang kesakitan di luar sana. 
 
Anda semua dibayar dengan duit rakyat berpuluh ribu sedangkan rakyat kesakitan tiada siapa yang tahu. 
 
Sudah-sudahlah jadikan mereka sebagai mangsa. Jadilah seorang ahli politik yang tulus, profesional dan terus fokus dalam membantu rakyat ketika pandemik ini.

No comments:

Post a Comment