Monday 7 December 2020

DUMYAT LOKASI PERTEMUAN AIR TAWAR DAN MASIN

Damietta atau bagi penduduk tempatan, ia lebih dikenali sebagai Dumyat terletak di bahagian utara Mesir. Kota Dumyat cukup terkenal bagi penuntut Malaysia kerana di sana terdapat Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat.

Antara tempat paling menarik di Damietta adalah di Ras El Bar kerana di situ adalah tempat pertemuan Sungai Nil dan Laut Mediterranean.

Tempat pertemuan air Sungai Nil yang tawar dengan air Laut Mediterranean yang masin mewujudkan fenomina air yang seakan-akan terpisah dari segi kepekatan kemasinan dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Fenomina ini telah dijelaskan di dalam al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit, dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Surah al-Furqan, ayat 53)

Sains moden telah menemui bahawa di muara-muara, di mana air tawar dan air masin bertemu, situasinya agak berbeda dari apa yang didapati di tempat-tempat di mana dua lautan bertemu.

Penemuan ini mendapati apa yang membedakan air tawar dari air masin dalam muara-muara ialah suatu zon ‘pycnocline’ yang mempunyai ketidaksenambungan kepadatan yang sangat ketara yang memisahkan dua lapisan tersebut. Pembatasan ini (zon pemisah) mempunyai tahap kemasinan yang berbeda daripada air tawar dan air masin tersebut.

Fenomena ini yang berlaku di muara di mana Sungai Nil mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Disebut juga beberapa ulama, tempat itu adalah lokasi pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir seperti diriwayatkan dalam surah Al-Kahf.

Daripada Ubay bin Ka’ab, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Pada suatu ketika Musa berbicara di hadapan Bani Israil, kemudian ada seseorang yang bertanya, ‘Siapakah orang yang paling pandai itu?’ Musa menjawab, ‘Aku.’

Dengan ucapan itu, Allah mencelanya sebab Musa tidak mengembalikan pengetahuan suatu ilmu kepada Allah. Kemudian Allah mewahyukan kepada Musa, ‘Sesungguhnya Aku memiliki seorang hamba yang berada di pertemuan antara laut Persia dan Romawi, hamba-Ku itu lebih pandai daripada kamu!’

No comments:

Post a Comment