Monday 2 November 2020

Parlimen bersidang dengan SOP ketat

Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas bermula hari ini.

Ia bermula dengan pemasyhuran oleh Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta semua ahli dewan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

"Langkah-langkah pencegahan sudah diambil dengan ahli Yang Berhormat dari Sabah diminta kuarantin selama 14 hari sebelum bermula dewan ini.

"Saya mengajak semua ahli Yang Berhormat tanpa mengira latar belakang khususnya fahaman politik mengenepikan perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu serta bersatu hati dalam memainkan peranan dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa bagi mengekang Covid-19," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan) dalam ciapan di akaun twitter menulis: “Hari pertama sidang parlimen. SOP yg sgt ketat diperkenalkan. MP dari Sabah mesti dikuarantin 14 hari di hotel sebelum masuk dewan parlimen. Hanya MP beserta 2 pegawai shj boleh memasuki bangunan parlimen. Hari ni bbp SOP baru akn diumumkan oleh speaker utk lebih perketatkan SOP.”


No comments:

Post a Comment