Wednesday 22 July 2020

KERAJAAN KENA CARI PENDEKATAN MUDAHKAN RAKYAT


Kerajaan melalui kementerian, agensi atau jabatan perlu bertindak bijak dan berkesan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Dengan kata mudah, jangan susahkan rakyat. Kalau kerajaan permudahkan urusan rakyat, kebaikan dinikmati semua pihak.

Banyak tindakan kerajaan tidak menampakkan langkah yang bijak. Perkara mudah dipayahkan. Yang cepat menjadi lambat. Sepatutnya rakyat gembira bertukar menjadi duka atau tidak suka.

Ambil contoh kes di sebuah hospital kerajaan. Pengalaman atau pendapat ini dikongsikan di FB:

Bab ni aku tak suka..bukan aku saja, pesakit lain pun tak suka..yg selesai rawatan doktor selepas jam 12 tgh hari, tak boleh ambil ubat..hanya boleh serah kad kat farmasi, lepas tu kena datang ambik ubat selepas jam 2.30 hingga 4.30 ptg.. bayangkan pesakit nak menunggu dua setengah jam atau tiga jam lagi utk dapatkan ubat mereka..dahlah kami pesakit, dtg hospital awal pagi nak dapatkan rawatan..farmasi pula minta tunggu hingga jam 2.30 ptg..atau pun pesakit balik dulu, lepas tu datang semula ambik ubat.. kenapa tak ada sistem giliran kat farmasi? Yg kerja pagi, boleh rehat jam 1 tgh hari, lepas tu kakitangan lain sambung supaya pesakit dpt bekalan ubat selepas rawatan dan terus balik, tak menyusah datang lagi... kalau doktor tak rehat, mcm mana kakitangan farmasi boleh rehat? Tidakkah sistem ni menyusahkan pesakit? Balik rumah, kemudian datang lagi belah ptg nak ambik ubat.. kementerian kesihatan kena tengok kes ni..

Gambar sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment