Thursday 2 July 2020

PUNCA MASALAH TENAGA BATIN MATI PUCUK

Apa itu lemah tenaga batin atau mati pucuk? Lemah tenaga batin berlaku apabila seorang lelaki tidak lagi mampu untuk mencapai atau mengekalkan ereksi yang cukup keras untuk mengadakan hubungan seksual. 
 
Masalah untuk mengekalkan ereksi dari masa ke semasa bukanlah sebab untuk dibimbangkan untuk kaum lelaki. Akan tetapi apabila ia kerap berlaku, ini mungkin petanda kepada sesuatu yang lebih serius.

Masalah lemah tenaga batin adalah disebabkan masalah kerosakan dalam fungsi normal badan yang membolehkan ereksi untuk dicapai zakar dipenuhi dengan darah, menjadi keras dan tegang, dan kemudiannya menjadi lembik semula setelah rangsangan seks telah terhenti.

Kegagalan untuk mencapai ereksi sekali-sekala adalah masalah biasa dan ia boleh memberi kesan kepada majoriti kaum lelaki pada satu ketika dalam hidup mereka. Ia mempunyai banyak sebab mengapa ini berlaku, termasuk pengambilan alkohol yang terlampau banyak atau disebabkan sangat letih.

Jika masalah ini sekejap sahaja atau hanya berlaku sekali-sekala, ia dianggap tidak berapa serius. Semua lelaki akan menghadapi masalah sekali-sekala untuk mencapai ereksi, dan ia mungkin disebabkan oleh isu-isu kecil, seperti kepenatan atau pengambilan alkohol.

Untuk mencapai ereksi dalam kalangan kaum lelaki, arteri dalam zakar perlu membawa darah kepada zakar, tahap hormon lelaki perlu berada pada tahap optimum, dan keadaan psikologi yang berpatutan perlu terjadi. Jika satu atau lebih satu daripada fungsi ini tidak berjalan dengan lancar, maka disfungsi ereksi mungkin akan berlaku.

Penyakit lemah tenaga batin atau mati pucuk paling ditakuti lelaki. Kesan penyakit ini turut ditanggung isteri sehingga menggugat keharmonian rumah tangga. Jadi, jangan ambil mudah soal suami tidak kuat. Punca lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh fisikologi dan psikologi.

Punca lemah tenaga batin disebabkan fisikologi berkait rapat dengan keadaan badan, terutama aliran darah. Ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar. Jika darah terhalang memasuki zakar ketika menerima isyarat ghairah dari otak, maka ia tidak dapat tegang dan tidak akan berfungsi.

Terdapat banyak sebab aliran darah terhalang memasuki zakar. Pertamanya disebabkan pembuluh darah tersumbat oleh kolestrol atau lemak tepu. Aliran darah menjadi perlahan atau tidak banyak yang berjaya memasuki zakar. Keduanya, salur darah 'tersepit' disebabkan kecederaan yang menghalang pengaliran darah menuju ke seluruh zakar.

Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi. Ketiadaan keyakinan diri untuk melakukan hubungan seks menjadikan zakar tidak tegang dan hilang ghairah.

Banyak sebab kehilangan keyakinan diri seperti tidak yakin dengan kondisi zakar yang dirasakan kecil dan pendek. Berasakan diri tidak hebat dan perkasa berbanding orang lain. Terlalu memikirkan tentang kehendak seks isteri juga boleh menyebabkan tekanan sehingga gagal beraksi.

Memandangkan lemah tenaga batin psikologi berpunca daripada emosi dan tanggapan, maka ia perlu diatasi dengan cara sama. Suami perlu yakin pada kemampuan diri. Lakukan dalam keadaan santai dan gembira. Isteri pula perlu menerima dengan seadanya.

Untuk mengatasi masalah ini, jangan terlalu fikirkan tentang seks. Anggap perkara itu lumrah yang akan berlaku secara tindakbalas emosi dan fizikal apabila suami isteri berada bersama.

No comments:

Post a Comment