Arak
disebut sebagai khamar dalam bahasa Arab. Di dalam syurga ada sungai arak.
Segala keinginan penghuni syurga akan disediakan, termasuk arak. Syurga adalah
tempat nikmat. Antara nikmat dalam syurga ialah arak sebagai minuman.
Nas
al-Quran dalam surah Muhammad ayat 15 menjelaskan sungai arak wujud bersama
dengan sungai susu, sungai madu dan sungai air. Dalam nas al-Quran ini, tidak
dinyatakan perbezaan antara arak syurga dan arak dunia. Cuma disebutkan bahawa
arak ini adalah lazat.
Firman
Allah SWT bermaksud: "(Apakah) perumpamaan (penghuni) syurga yang
dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai
dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang
tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi
peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di
dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan
orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih
sehingga memotong ususnya?" (Surah Muhammad, ayat 15)
Sudah
pasti arak di syurga ini bukanlah arak yang memudaratkan sebagaimana arak di
dunia. Arak dunia memabukkan. Banyak kesan negatif kerana minum arak.
Namun
arak syurga adalah arak yang lazat, tidak memberi kesan negatif. Mungkin timbul
persoalan kenapa wujud arak di syurga?
Tidakkah
arak itu haram? Ya arak adalah haram. Namun hukum haramnya hanya setakat dunia
sahaja. Adapun di syurga nanti, hukumnya berbeza.
Arak
diharamkan di dalam Islam kerana banyak memberi keburukan dari segi fizikal,
rohani,ekonomi dan masyarakat. Oleh sebab itu, meminum arak juga dianggap satu
amalan tidak baik oleh penganut agama lain serta pakar psikologi dan
sosialogi.
Ini
telah banyak dibuktikan melalui kajian-kajian ilmiah sama ada dari segi sains,
psikologi dan kemasyarakatan menunjukan kebenaran yang jelas bahawa sesetengah
jenayah dan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara
lain berpunca dari gejala arak.
Meminum
arak boleh membawa akibat-akibat yang sangat buruk terhadap diri peminum,
keluarga dan masyarakat.
Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol terhadap kesihatan dan perhubungan sosial, bagi individu yang meminum arak iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.
Kesan
jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan
seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul
dan tidak boleh membuka pintu.
Dalam
masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya
disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas
ketagih alkohol.
Namun,
malang sekali perkara itu dipandang mudah sehingga minuman keras menjadi
kebiasaan muda-mudi, meneguknya di mana-mana tanpa malu dan segan lagi, halal
dan haram dipandang sepi, asalkan nikmat sementara dirasa sesekali.
Hakikatnya,
arak bukan perkara yang mendatangkan kebaikan, kecuali dalam beberapa situasi.
Namun perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan kepada pengambilan arak
kerana kesan buruknya lebih besar.
Perkara
ini dijelaskan Allah SWT melalui firman yang bermaksud: "Mereka
bertanya kepadamu khamar (arak) dan judi. Katakanlah pada keduanya dosa besar
dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih besar daripada
manfaatnya." (Surah Baqarah ayat 219)
Sesungguhnya
meminum arak daripada pada amalan syaitan yang mana sudah pasti tidak memberi
apa-apa kebaikan, melainkan bertujuan untuk mendatangkan kebaikan.
Syaitan
akan menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan manusia, termasuklah perbuatan
meminum arak. Sesiapa ingin mencapai kejayaan dalam hidup hendaklah
meninggalkan perbuatan disuruh oleh syaitan.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Wahai orang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan
judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang anak panah adalah
semata-mata kotor (keji) daripada perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah ayat 90)
No comments:
Post a Comment