Wednesday 5 April 2017

JADI MUDA BERSAMA STG


Ambo sudah tua.  Itu bukan rahsia lagi. Tetapi hidup tidak pernah tua. Kalau diikutkan rasa tua, maka kelihatan semakin tualah. Semangat jadi menjunang. Namun, pada masa sama jangan lalai ingatkan mati.  Tambah bekalan untuk akhirat.

Satu petua untuk sihat ialah berasa diri tidak tua. Hidup dalam lingkungan orang muda. Untuk rasa muda tidak perlu kahwin isteri muda, kecuali ada peluang.

Percayakah dengan menyertai Smart Tycoon Group (STG) boleh jadi muda? Ini cerita yang ambo nak kongsi.

Sudah lama ambo lihat di Muka Buku tentang STG.  Dah banyak yang menyertainya.  Tetapi ambo tidak terfikir untuk menyertainya.  Sehinggalah ambo lihat Bunga Aida setiap masa duk cerita STG di dinding FBnya.

Tidak fikir panjang, ambo terus menyertai STG. Bunga Aida tinggal di Gua Musang dan ambo di Kota Bharu.  Jaraknya kira-kira 180 kilometer. Jauh tu.

Namun, dunia tanpa sempadan memberi banyak kemudahan. Semua dilakukan secara online. 

Mengapa ambo kata jadi muda bila sertai STG? Sebabnya majoriti yang sertainya adalah yang muda.  Banyak yang umurnya separuh dari umur ambo. Bila berkawan dengan orang muda, jiwa ambo turut jadi muda.

Tambah lagi bila bertemu dalam seminar STG. Kena pula nyanyi lagi Gemuruh Faizal Tahir. Tetapi bab nyanyi ni ambo kalah.  Kalau ambo buka mulut, tidak kiralah lagu apa pun, pasti sumbang dan merosokkan yang lain.  Jadi, masa lagu Gemuruh dinyanyikan beramai-ramai, ambo setakat gerakkan kepada sikit-sikit.

Geng STG banyak berkomunikasi melalui FB dan Whatapps.  Memang tidak lawan oi... aktif sangat.  Ambo yang tua ni cubalah ikut sikit-sikit. Payah nak faham ejaan yang digunakan.  Tambah lagi mata mudah berpinar-pinar.  Namun, semangat bersama yang muda ambo teruskan.

Kepada yang tua, mahupun muda mahu sertai STG boleh bersama ambo. Hubungi melalui whatapps 019-9595917.

No comments:

Post a Comment