Tuesday, 29 November 2016

KHASIAT CEMPAKA PUTIH

Bunga cempaka putih memang cantik, tidak hanya pada bunganya tetapi nama, serta khasiat. Dengan kecantikan itu ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan di halaman rumah.

Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam.

Tetapi dalam kecantikan tersebut, bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba.

Cempaka putih atau Michelia alba adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.

Cempaka (atau nama genusnya Michelia) memiliki 3 spesis dengan warna bunga yang berbeza iaitu warna putih (michelia alba), warna kuning,dan warna merah (michelia champaca) Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.

Buahnya yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap, mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.

Kayunya boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah. Akan tetapi hasil perabot dari kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. 

Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah satu meter..

Bunganya yang berbau wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol dan methulaethulazijnzuur.  

Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

Namun, keistimewaan pokok cempaka ni sebenarnya bukan tertumpu pada bunganya saja. Malah, daun serta akarnya turut memiliki khasiat dari sudut aspek kesihatan jika mengetahuinya. 

Tidak dinafikan, cempaka putih  mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri seperti untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok. 

Untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil beberapa kuntum bunga untuk direbus.

Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cuma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.

Untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah dengan mengambil beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu tepekkan ia di tempat yang kena bisul tadi. 


No comments:

Post a Comment