Tuesday 29 November 2016

PENYAKIT KULIT EKZEMA ADA KAITAN GENETIK

Ekzema merupakan keadan kulit di mana menjadi merah, kering, gatal dan merekah. Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai pertalian genetik di mana sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak.

Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan ekzema otopik.  

Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”.

Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif.

Antara simptom utama penyakit ini adalah: 
- Kulit akan pecah dan merekah Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak.
- Kulit terasa sangat kering Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam 
- Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal.
- Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
- Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.

Sehingga kini punca sebenar eczema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya. Namun begitu, berdasarkan kepada kajian dan diagnosis yang telah dilakukan, terdapat beberapa punca dan faktor eczema telah dikenalpasti.

Punca eczema antaranya :
- Pencemaran antara punca ekzema. 
- Terdapat sejarah penyakit ini di dalam keluarga.
- Perubahan emosi (resah dan stress).
- Alahan kepada makanan dan bahan pengawet.
- Cuaca yang panas 
- Alahan kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk).
- Kuat berpeluh 
- Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun
- Air berklorin tinggi 
- Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik 
- Alahan kepada fabrik tertentu. 

Kebiasaannya, bagi orang dewasa ekzema akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut.

Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda eczema boleh jelas kelihatan pada bahagain pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala.

Penyakit ini menyerang tidak mengira masa, ada yang menghidap eczema sejak bayi dan ada juga yang mendapat eczema ketika dewasa.

Antara langkah yang boleh diambil adalah: 
- Pakaian pakai pakaian yang longgar dan fabrik yang selesa seperti kapas.
- Elakkan memakai pakaian yang ketat serta tidak menyerap peluh. 
- Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
- Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik.
- Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal. 
- Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana. 
- Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih. 
- Menggunakan sarung tangan jika perlu 
- Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap 
- Elakkan mandi dengan air panas 
- Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.

No comments:

Post a Comment