Naik kedudukan uri. Antara cara boleh diusahakan ialah dengan melakukan
senaman. Kaedah ini berkesan jika diamalkan selalu dan mengikut cara yang
betul.
Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu sewaktu
bangun pagi dan sebelum tidur.
Cara:
Cara:
Baring atas katil dengan kaki di angkat ke atas. Jika tidak mampu
mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk
‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh.
Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling
penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil
‘tua’ (trimester ketiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam
keadaan begini.
Teknik pernafasan: Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu.
Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit.

Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangaka masa yang sama (lebih
kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10-15 kali untuk satu
sesi senaman.
Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi.
Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi.
Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan
sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment