Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Vitamin E memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk
memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual
syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
Vitamin E memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan,
mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan
tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan
prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah
lelaki.
Vitamin E juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa
yang sama menguatkan dinding kapilari.
Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan
membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis
gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada
tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang
dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.
Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat
memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui
bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80
jenis penyakit.
Vitamin E didapati daripada sumber makanan berikut: minyak
sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.
Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan
daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat,
daging organ, kacang soya, ubi kentang dan gandum.
- Melindungi jantung. Pengambilan harian 800IU vitamin
E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan
perngasidan lipid; meningkatkan kolesterol HDL; mengurangkan tekanan
darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia
hemolitik, penyakit jantung dll.
- Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif. Kajian
pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan
reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin
E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
- Anti-Penuaan. 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan
penuaan, mengurangkan kedut, garis haluls, parut, akne dan bintik penuaan.
Ianya mampu memulihakan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
- Anti-Oksidan yang Kuat. Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan utnuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.
- Anti-Oksidan yang Kuat. Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan utnuk melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.
- Kelestarian Tenaga. Meningkatkan kelestarian seksual
dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
Lelaki perlu mengambil lebih banyak Vitamin E untuk:
- Menghasilkan sperma yang lebih banyak
- Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
- Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
- Memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
- Mengelakkan cepat letih dan lesu
- Meningkatkan daya tumpuan
- Mengelakkan mati pucuk
No comments:
Post a Comment