Lecithin memang terkenal sebagai pembakar lemak. Jika nak
kurus, tentu terus teringat kepada lecithin. Ini tandanya betapa lecithin
berkesan dan sering digunakan untuk tujuan mengawal berat badan.
Lecithin berperanan menghurai lemak kepada bentuk yang tidak
lagi berfungsi sebagai lemak biasa. Lecithin sesuai diambil sebelum atau
selepas makanan yang berat.
Kalau konsisten makan lecithin seperti yang disarankan boleh
bantu badan kembali ramping. Selain itu lecithin dapat membantu menghasilkan
kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.
Lecithin juga membantu mengurangkan atau mencegah penyakit
berkaitan hati.
Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls
dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term
memory).
Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau
mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah
pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari untuk memulihkan sistem ingatan.
Antara fungsi lecithin:
- Bertindak sebagai pembersih salur darah.
- Meningkatkan kadar metabolisme badan.
- Membantu ringankan sembelit.
- Mempercepatkan pembakaran lemak.
- Menghalang obesiti.
- Kawal selera makan.
- Kawal paras kolestrol.
No comments:
Post a Comment