Friday, 5 June 2026

UMNO PERLU BINA KEKUATAN BAHARU

 
UMNO melalui gabungan Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) telah memerintah Malaysia selama 63 tahun bermula pilihan raya prakemerdekaan pada tahun 1955 sehingga 9 Mei 2018 apabila tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kejayaan itu satu pencapaian gemilang dan terbaik di kalangan parti-parti yang ada di Malaysia. Pun begitu, UMNO perlu berhenti bersandar pada nostalgia kejayaan silam, sebaliknya berpijak di bumi nyata sekarang ini.

UMNO perlu berhenti bersandar pada nostalgia kejayaan silam. Apa yang dicapai itu sudah menjadi sejarah. Sebaliknya perlu berusaha membina strategi politik yang lebih tangkas serta kompeten dalam menghadapi cabaran semasa.

Parti itu harus berani melakukan penambahbaikan serta menyusun strategi politik yang lebih tangkas dan kompeten agar kekal relevan dalam landskap politik masa kini.

Perubahan pendekatan amat penting bagi memastikan UMNO terus mendapat kepercayaan rakyat, khususnya dalam mendepani cabaran politik yang semakin dinamik dan kompetitif.

Nama parti tidak lagi menjadi pilihan, tetapi keupayaan menarik minat dan keyakinan rakyat terhadap kemampuan menyelesaikan masalah dan tawaran yang menyakinkan menjadi pilihan pengundi.

Justeru, UMNO tidak lagi boleh bergantung kepada identiti politik semata-mata, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada aspirasi generasi muda yang kini menjadi kelompok pengundi terbesar.

Parti perlu menjadi wadah penyelesaian masalah rakyat, bukannya sekadar platform politik tradisional.

UMNO perlu menyesuaikan diri dengan tuntutan semasa dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman tanpa mengabaikan prinsip perjuangan yang menjadi teras parti sejak penubuhannya.

No comments:

Post a Comment