Wednesday, 8 April 2026

D PERGAU INN, BATU MELINTANG, JELI

 
D Pergau Inn terletak kira-kira 95 kilometer dari Kota Bharu. Lokasinya di Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan. Dinamakan D Pergau Inn kerana terletak berhampiran Sungai Pergau, sungai yang mengalirakn air yang dilepaskan dari Empangan Jana Kuasa Hidroelektrik Pergau (Jana Kuasa Hidroelektrik Sultan Ismail Petra).

Sesuai lokasinya jauh di pedalaman, D Pergau Inn menjanjikan kepuasan penginapan yang dikelilingi alam semula jadi dan pemandangan yang menark.

Untuk sampai di D Pergau Inn tidak sukar, kerana boleh melalui Jalan Raya Timur Barat yang baik dan hanya perlu melalui jalan kampung dari simpang jalan utama.

D Pergau Inn dirasmikan pada 28 Mei 2022 sesuai untuk aktiviti di lokasi yang mempunyi kolam, tempat beriktiviti berkumpulan dan santai yang luas. Selain itu, ia sesuai untuk mereka yang menginap di situ untuk meneroka kawasan yang berhampiran.

Antara tempat yang terletak tidak jauh dari D Pergau Inn ialah Lata Janggut, Lata Renyok, Gunung Reng. Teney Glamping , Tok Batin Forest Camp , hiking bukit Salor, berkayak di Sungai Pergau dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment