Thursday 9 May 2024

SEJARAH PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

 
Malaysia adalah salah satu negara yang tidak asinglah dengan konsep dan amalan perbankan Islam. Perbankan Islam di Malaysia turut telah diiktiraf serata dunia. Industri kewangan Islam ini bermula di Malaysia pada tahun 1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (Lembaga Tabung Haji). 

Setelah itu, pada tahun 1983, Bank Islam pula ditubuhkan. Manakala pada 1984 Syarikat Takaful Malaysia Berhad selaku pengendali takaful yang pertama ditubuhkan. Perkembangan selanjutanya diikuti dengan tertubuhnya bank komersial yang lain pada tahun 1993. 

Ketika itu, industri kewangan Islam sedang pesat membangun. Bank Negara Malaysia mengambil keputusan untuk menubuhkan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan mengenai Perbankan Islam pada 1 Mei 1997. 

Industri kewangan ini bertambah pesat lagi pada tahun 2004 apabila kerajaan ketika itu membenarkan bank asing dan antarabangsa untuk melaksanakan produk dan perkhidmatan perbankan Islamik mereka di Malaysia. 
 
Bank Negara Malaysia (BNM) diberi mandat untuk menjadi badan pengawal yang membantu dalam penyelarasan dan keseragaman pentafsiran syariah dalam memperkukuhkan pengawal selia dan tadbir urus industri kewangan Islam di Malaysia.
 
Antara langkah yang telah diambil BNM dalam mengawal selia industri kewangan Islam terutamanya dalam segmen perbankan dan takaful ialah mengeluarkan resolusi, garis panduan dan perkara berkaitan lain yang bertujuan untuk mewujudkan kesepakatan dalam keputusankeputusan syariah. Ini sekali gus mempertingkat dan memperkukuhkan tadbir urus syariah institusi kewangan.
 
Antara produk-produk kewangan Islam yang berada di pasaran semasa pada hari ini ialah pajak gadai Islam yang dikenali sebagai al-rahnu, takaful dan sukuk.
 
Perbankan Islam merupakan salah satu sektor atau juzuk dalam sebuah sistem kewangan Islam yang prinsip operasi dan amalannya berlandaskan hukum Islam atau juga disebut sebagai syariah.
 
Faktor utama yang membezakan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional ialah segala urusan dalam perbankan Islam hendaklah dikendalikan tanpa melibatkan sebarang unsur-unsur yang bercanggah dengan syariah.
 
Perbankan Islam dunia mula mengorak langkah seawal tahun 1963, terutamanya apabila tertubuhnya Mit Ghamr Local Saving Bank di Mesir tanpa menggunakan perkataan syariah secara rasmi. Bank ini menggunakan model German Savings Bank mengikut kesesuaian sebuah bank yang berlandaskan Islam.
 
Penubuhan Islamic Development Bank (IDB) di Jeddah, Arab Saudi pada sidang Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjadi pemangkin kepada kewujudan perbankan Islam di serata dunia.
 
Berdasarkan hukum Antara bank-bank Islam yang berjaya ditubuhkan ialah Dubai Islamic Bank pada tahun 1975, diikuti dengan Faisal Islamic Bank of Sudan (1977), Faisal Islamic Egyptian Bank dan Islamic Bank of Jordan (1978), Islamic Bank of Bahrain (1979) dan The International Islamic Bank of Investment and Development, Luxembourg (1980).

No comments:

Post a Comment