Thursday 11 May 2023

CARA MEREBUS JAGUNG

 
Jagung mentah boleh dibakar, rebus atau dijadikan bahan membuat bubur. Kali ini dikongsikan cara rebus jagung yang terbaik.
 
Cara rebus jagung.
- Pilih jagung segar. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
- Jagung segar yang dibeli jangan biarkan di luar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Elok disimpan di dalam peti sejuk
- Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas
- Air akan berhenti mendidik seketika kerana air akan kurang panas apabila dimasukkan jagung
- Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh dalam 5-10 minit
- Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus
- Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap
- Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih

No comments:

Post a Comment