Keledek
di negara kita terdapat banyak jenis ada keledek cilembu, keledek jepun dan pastinya
yang paling banyak ialah keledek tempatan sama ada warna purple, sedikit
kekuningan dan ada yang hampir putih.
Ubi
keledek atau dalam dialek Kelantan dipanggil stelo atau setelo sedap dimakan
rebus, dibuat cekmek mahupun dicampur dalam sayur lemak bayam.
Masa
di kebun, cara paling mudah dan sedap makan ubi keledek ialah dibakar.
Ubi
keledek diletak di atas api atau bara. Tunggu sehingga kulit luarnya nampak terbakar
atau menjadi arang.
Ketika
itu sudah sesuai untuk diangkat. Jika dibiarkan terus berada di dalam api, akan
terbakar keseluruhan menjadi arang.
Namun,
untuk memastikan ubi itu masak atau empuk sepenuhnya, cucuk dahulu dengan lidi
atau batang kayu kecil. Jika masuk ke dalam, itu tandanya telah masak.
Jika
belum masak, teruskan membakar.
Kalau
hendak bakar di dapur, boleh sahaja diletakkan di atas api dapur gas. Atau boleh
juga dimasukkan ke dalam oven gelombang mikro. .
Cara
masak menggunakan api kayu sebenarnya lebih sedap. Ada aroma dan rasa asli. Bierpun nampak sedikit rumit kerana perlu menyalakan api, tetapi ia memberi satu kepuasan.
No comments:
Post a Comment