Fungsi kolagen. Kolagen merupakan struktur
protein utama yang terkandung dalam tisu penghubung manusia dan turut
terkandung dalam hidupan lain seperti ikan dan mamalia.
Kolagen mempunyai khasiat yang
tinggi untuk kesihatan tubuh badan manusia termasuklah pada bahagian kulit. Ia
berupaya melembut, mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit di samping
mempercepatkan proses pemulihan pada kulit yang terluka.
Selain itu, kolagen juga
berperanan membuang lemak berlebihan dari tubuh, memelihara sel dan tahap
metabolisme tubuh badan.
Secara semulajadi,
terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat
dalam kulit, tulang dan juga gigi.
Antara kepentingan
kolagen:
Mengekalkan kelembapan
dan mencegah kedutan
Kolagen merupakan
komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru,
membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih
bercahaya.
Kolagen juga efektif
untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
Memulihkan masalah
kulit
Apabila kolagen
disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan
sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit.
Kolagen sangat efektif
untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
Mencantik dan
menyuburkan rambut
Nutrisi dalam kulit
kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen
dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan
kuku.
Kekurangan kolagen
menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah
pecah.
Menegangkan payudara
Kesan kolagen untuk
menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk
oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai
penyokong bagi pembentukan payudara.
Kolagen merupakan
komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein
polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan
payudara.
Menguatkan tulang
Penyatuan kolagen yang
secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh
itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang.
Masalah osteoporosis
dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen
yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan
kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%.
Pengambilan kalsium
tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan
pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang
yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
Mencerahkan kulit dan
mengurangkan pigmentasi
Kolagen dapat
merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru.
Dengan fungsi ini, ia
secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu
mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
Melambatkan proses
penuaan kulit
Seiring dengan
peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan
semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam.
Pengambilan kolagen
secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang
berkurangan.
Penghasilan kolagen
berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan
penurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian.
Selepas usia 45-50
tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.
Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen
diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti
osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk
kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
No comments:
Post a Comment